18 February, 2011

Kenapa mesti sombong?

“Apabila kesombongan sudah menyelimuti hati kita, pandangan kita terhadap orang lain akan cenderung menghinakan dan merendahkan”

Berapa ramaikah kita yang sanggup merendah diri terhadap orang lain.  Adakah dengan berlagak sombong dan  angkuh konon2 diri berkuasa akan dapat menundukkan orang lain, juga dapat membuktikan diri lebih hebat daripada orang lain. Sedarlah bahawa kita semua sama di sisi Nya. Hanya Dia yang Maha Berkuasa. Dengan kehendakNya sekelip mata sahaja orang yang berkuasa itu akan tertunduk ke bumi.

RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah Azzawajalla berfirman,
“Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah selendangku, sesiapayang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyiksanya”.
Segala kepujian dan sifat kebesaran hanya menjadi milik Allah S.W.T. Oleh itu Allah memberi peringatan bahawa tiada sesiapapun dari kalangan makhluk-Nya yang layak memakai mana-mana sifat tersebut melainkan Dia sahaja.
Setiap muslim hendaklah sentiasa merendah diri, tawadhuk dan bersikap sederhana. Jangan sekali-kali bersikap buruk dan keji kerana ia adalah sifat iblis dan syaitan laknatullah yang sentiasa menderhaka Allah S.W.T.
Sombong maksudnya adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh segala yang lain. Orang yang sombong akan merasa dirinya lebih baik, pintar, kaya dan hebat. Contohnya dapat dilihat pada diri Firaun, Qarun dan Abu Jahal yang bersikap angkuh dan tidak mahu menerima kebenaran.
Dalam surah Luqman ayat 18 Allah S.W.T. melarang kita daripada bersikap sombong sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri".

“Dan ketika kita merasa diri kita lebih tinggi darjatnya secara materi, kedudukan, tingkat sosial, pendidikan dan sebagainya maka saat itulah kita memiliki kesombongan dan ketika kesombongan telah menjadi pakaian kita maka bersiap- siaplah akan teguran ALLAH yang maha dahsyat..”

Renung-renungkanlah... 


09 February, 2011

Isteri..sejauh manakah kita sanggup berkorban?

Sungguh terharu bila membaca kisah seorang isteri yang berumur 58 tahun yang sanggup menggadai nyawa berkorban meredah api yang sedang marak membakar rumahnya di Tanah Merah, Kelantan. Dia langsung tidak menghiraukan keselamatan dirinya demi menyelamatkan suaminya yang sedang terlantar sakit. 


Syukur Alhamdulillah mereka selamat..betapa besarnya kasih sayang dan rasa tanggungjawab si isteri ini. Smg Tuhan memberikan ganjaran yang besar untuknya. Lebih lanjut di sini


Sanggupkah kita berkorban sejauh itu demi yang tersayang? 

08 February, 2011

Shisha..selamatkah?



Kalau kita gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar banyak didapati pengunjung  yang menghisap shisha. Ia  dianggap sebagai satu trend yang popular dalam kehidupan kita hari ini yang kononnya untuk melepaskan tekanan dan bersantai. 

Pengunjung2 restoran atau kedai-kedai makan yang berminat untuk menikmati shisha biasanya  ditawarkan dengan harga sekitar RM20.00.  Ia terdiri daripada pelbagai pilihan perisa seperti strawberi, strawberi, epal, limau manis, anggur, melon, mangga, ros atau pudina, pepsi cola, cappuccino dan kopi arabika yang dicampur dengan tembakau.

Walaupun wujud spekulasi dan persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat, namun segelintir orang masih ketagih dengan amalan ini.
Menghisap ‘shisha’ atau turut dikenali dengan nama lain seperti hokkah, water pipe, ghalyan, dan okka, akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain.

Shisha bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok. Asap tembakau yang keluar dari balang air shisha sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan penyakit merbahaya yang lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  menegaskan shisha adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

Bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan hepatitis .
 Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa.

Kepada penggemar  “Hokkah” atau “Shisha” ni boleh lah fikir-fikirkan adakah berbaloi untuk menikmatinya lagi..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...