27 March, 2011

Sayangku breadmaker.

Saban hari sy tak pernah miss menjenguk blog-blog resepi. Hari-hari rasa tak lengkap kalau tak dapat mengintai blog-blog kegemaran saya. Salah satu keinginan saya adalah untuk membuat roti dengan air tangan saya sendiri..tapi melalui proses menguli sendiri dengan tangan rasanya tak sanggup kot..saya ni pemalas sebenarnya..apatah lg nak menguli roti sendiri, blh pengsan dibuatnya...hehehe

Setelah ditimbang-timbang sampai tak muat penimbang akhirnya saya buat keputusan untuk beli breadmaker. Setelah sekian lama termimpi-mimpi untuk memiliki breadmaker akhirnya tercapai jua.inilah dia...

                                              bread maker nozza

Apa yang membuat saya jatuh hati, siang malam tak boleh tidur (melampau tuuu) pada bread maker ini ialah, ia merupakan ketuhar pelbagai fungsi. Selain mengadun, membuat roti boleh juga buat kek, muffin, membakar ikan, ayam, daging, menyalai, menyahfros dan mengekalkan kehangatan makanan..memang cukup berbaloi-baloi dapat memilikinya.

Suami paling suka makan pizza..dia cakap buat sendiri ni rasanya lebih sedap daripada pizza hut mahupun domino's. Nampak gayanya lepas ni dinner pizza je la ye..

                                            pizza sebelum dibakar

Gambar pizza selepas dibakar tak sempat nak snap..keluar breadmaker je ada orang tu dah ngap..tak sempat pandang kiri kanan dohh.. akan datang nak buat roti plk..

Baru boleh tidur lena..hehehe

25 March, 2011

Nasib baik ada tilam..

Tindakan seorang remaja perempuan yang bertindak terjun bangunan KB Mall petang semalam mungkin atas niat untuk membunuh diri tidak kesampaian kerana terjatuh di atas tilam. Tindakan cepat orang awam yang berada di kawasan itu telah menyelamatkan nyawa remaja tersebut. Remaja itu dikatakan baru lepas bergaduh dengan teman lelakinya..itu pun nak bunuh diri.

Dia ingat bunuh diri boleh menyelesaikan masalah ke..Hukuman yang menanti di akhirat esok lebih besar menanti. Betapa singkatnya pemikiran sesetengah  remaja sekarang, kerana masalah yang kecil sanggup nak bunuh diri..tak sayang nyawa betul! 

Remaja tersebut sedang dirawat di unit rawatan ICU salah sebuah hospital di Kota Bharu.
Lagi cerita sini ye

22 March, 2011

Selagi masih ada hayatku..

    

       
Aku bersyukur kerana dikurniakan dirimu sbg kekasihku

kau membina bahagia bersamaku

dan aku di sini bersamamu..


Kini aku ingin kau tahu

kau telah membuka pintu hatiku

aku sering berfikir cinta itu mengelirukan

tetapi semua itu berubah bila kau hadir...


Selagi masih ada hayatku..

aku akan sentiasa bersamamu

aku akan sentiasa disisimu, jujur dan setia

sehingga akhir hayatku....

aku akan mencintaimu...terus menyintaimu....



Selagi masih ada hayatku

selagi ada siang dan malam

aku bersyukur kerana dibukakan mata hatiku

kini dan selama-lamanya...


aku akan sentiasa bersamamu

aku bahagia bila memikirkan dirimu

aku berdoa agar segala usaha kita diberkati

kaulah teman dan kekuatan bagiku...


dan aku berdoa agar kita bersama selama-lamanya

kini aku mencari kekuatan diriku

segalanya berubah apabila kau hadir...


jauh di sudut hatiku, aku tahu...

kini kau disisiku..

aku rasakan kekuatan cinta itu

dan aku tidak meraguinya..

bahawa aku akan mencintaimu selama-lamanya.

Ikhlaskah kita?

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Itulah kata-kata yang jika dihayati mengundang makna yang begitu besar kepada diri kita. Di mana kita? Adalah mata kita masih melihat kejahatan orang lain? Adakah telinga kita masih suka mendengar kata-kata buruk tentang orang lain dan mulut kita masih gemar menuturkan kejahatan orang lain? Jika semua ini masih wujud  dalam diri kita, usahlah anggap kita sudah cukup melakukan kebaikan.

Jika kita melakukan kebaikan sekalipun, janganlah merasa kita hebat dan mengharapkan sanjungan kerana ia hanya akan mengundang riak di dalam diri. Jika ibadat kita melebihi orang lain, jangan berbangga dalam diri kerana ia akan mengundang ujub (merasa diri lebih baik hingga menolak kebaikan orang lain, bangga dengan dirinya hingga meremehkan orang lain), sangat sukar dikesan dan dirawat. 

Bukan mudah untuk berlaku ikhlas. Makin dicari semakin ia menjadi misteri. Lakukan semua perkara kerana Allah, itu yang dinamakan...IKHLAS. 

         
Ikhlaskah kita atas setiap perbuatan dan tindakan kita? Tanyalah pada hati dan kita kan temuinya. Semoga kita akan menjadi orang yang ikhlas.

Renungan buat kita semua...

15 March, 2011

Kesan radiasi nuklear kepada manusia.

                       Letupan di  salah satu loji nuklear di Fujishima, Jepun.
 


Di Fukushima, Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.

Insiden pada jam 11.01 pagi di loji nuklear yang terletak 240 kilometer (km) di utara Tokyo itu, berlaku dua hari selepas letupan hidrogen di reaktor nombor satu di loji sama yang rosak selepas Jepun dilanda gempa bumi mega dan tsunami besar Jumaat lalu.
Menurut Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano kemungkinan kebocoran radiasi berada pada tahap rendah.

Letupan itu berlaku selepas TEPCO mengemukakan laporan kepada kerajaan semalam bahawa tahap radiasi di loji terbabit meningkat di atas paras dibenarkan dan tekanan dalam bekas kalis radiasi reaktor nombor tiga juga sudah meningkat.

Antara kesan radiasi nuklear kepada manusia termasuklah:
  Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma. 
Sumber : bharian

Semoga semua yang berada di bumi Jepun sekarang terselamat drp musibah ini. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. 

11 March, 2011

Tsunami di Jepun



  
Petang tadi Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.

Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo.
 
Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.












Hawaii turut terlibat dilanda tsunami pada jsam 5.oo petang tadi.

Semoga kejadian yang berlaku ini tidak berlaku di Malaysia..insyaallah.

Untuk lebih banyak gambar dan slide show di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...