25 May, 2011

Golden Churn Butter dikesan mengandungi DNA babi.


Bahagian penelidikan Jabatan Agama Johor telah mengeluarkan memo pada 18 Mei yang lepas bahawa salah satu produk butter daripada New Zealand iaitu Golden Churn Butter telah dikesan mengandungi DNA lemak babi. 



Golden Churn Butter ini banyak digunakan dalam pembuatan  roti, kek dan pastri. Semua yang beragama Islam dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk tersebut sehingga ada maklumat terbaru.

Nasib baiklah selama ini tak pernah guna butter golden churn untuk membuat kek dan roti, setia dengan buttercup dan planta/daisy je. 
Kredit kepada eiz1004.

21 May, 2011

Terkini: Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

KEJADIAN tanah runtuh yang meranapkan asrama Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di belakang sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada jam 2.20 petang tadi. Seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.


PERGERAKAN tanah kelihatan ketika hujan lebat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Yazit Razali

Seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

PASUKAN penyelamat memberikan rawatan kepada mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

PENDUDUK kampung membantu mengusung seorang penghuni yang cedera dalam kejadian tanah runtuh menimpa mangsa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA

Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadualkan pada jam 5.00 petang.


"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.


"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.


Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.



KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh. - Foto Yazit Razali
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. 



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bekerjasama dengan penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

Berita Terkini TV3 mengesahkan sehingga jam 10.40 malam ini 18 orang telah ditemui dengan 9 orang maut, 9 orang selamat, manakala 7 orang lagi masih tertimbus di bawah runtuhan dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.







PASUKAN penyelamat mengusung mangsa yang berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Rosli Rahmat

Pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian. 


MANGSA tragedi tanah runtuh, Mohd Khairul Annuar, 9, dihantar ke Hospital Ampang. - Foto Yong Chee Choong

SUASANA hiba ketika melihat jenazah rakan mereka yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. - Foto Rosli Rahmat

MANGSA kejadian tanah runtuh diselamatkan. - Foto Aizuddin Saad

Al Fatihah kepada semua mangsa runtuhan tanah runtuh. Semoga baki 7 lagi mangsa yang tertimbus berjaya ditemui dengan selamat. Amin..
kredit kepada bharian.com , bharian.online

20 May, 2011

Istiqamah Seumpama Rumput.


Dipijak tetapi tidak mati, lembut tetapi tidak reput..itulah gambaran satu ciptaan Tuhan yang sangat indah.

Rumput ialah sejenis tumbuhan yang paling mudah tumbuh, tahan lasak dan senang mata memandang. Warnanya yang hijau memberikan ketenangan kepada sesiapa  yang melihatnya. Rumput tidak berbuah, tidak mengeluarkan bunga yang berwarna-warni, tetapi manusia tetap menanamnya.


Kenapa? Apa keistimewaannya rumput? Rumput memberi kekuatan kepada tanah. Akarnya mencengkam dan menghalang air daripada menembusi tanah dengan mudah. Ia menghalang hakisan tanah di lereng-lereng cerun yang curam. 

Menahan hakisan tanah?? Oh, hebatnya! Walaupun tanah dan batu sifatnya keras..rupa-rupanya rumput yang lembut yang menahan tanah daripada runtuh, bukannya tanah mahupun batu yang keras itu. Bukan pokok bunga ros yang menghasilkan bunga yang cantik atau pokok rambutan yang menghasilkan buah yang banyak.

Apa yang kita boleh belajar dari hakikat ini..jangan berasa hina diri. Walaupun kita tidak mempunyai rupa yang cantik, harta yang banyak atau kecerdasan yang tinggi, kita masih boleh berbakti kepada orang lain melalui keistimewaan yang kita miliki.

Tuhan mencipta manusia dengan 'keunikan' masing-masing. Setiap orang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.  Kenali apakah keistimewaan kita dan pertingkatkan. Jadilah seperti rumput, walaupun tidak berbuah dan tidak berbunga tetapi mampu menahan hakisan air.


Rumput itu lembut tetapi kuat..walaupun dipijak beribu kali, rumput masih mampu bertahan. Lembut memang lembut, dan kerana kelembutan itulah ia tidak patah apabila dipijak. Ia melentur apabila dihenyak, tetapi kemudiaannya kembali semula ke bentuk asalnya. Bayangkan jika rumput 'berkeras', pasti akan patah dan musnah.

Kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan, bukan satu kelemahan. Kita pun begitu juga..jangan terlalu berkeras dan sukar bertolak ansur. Kita boleh tegas tapi bukan berkeras. Ada orang yang suka berkeras tetapi tidak tegas. Dan tidak mustahil ada juga yang lembut, tetapi sebenarnya sangat tegas. Belajarlah daripada rumput, sifatnya lembut tetapi tidak patah sekalipun dipijak dan dihenyak. Bersikap lemah lembut bukan bererti kita lemah, malah itu sebenarnya adalah satu kekuatan.  

16 May, 2011

Kad Ucapan Hari Guru dari Kak Ayu dan ucapkanlah 'Terima Kasih"


Terima kasih Kak Ayu, Citarasa Rinduan kerana sudi menghadiahkan kad ucapan hari guru. Rasa terharu sangat-sangat kerana jasa sebagai guru dihargai oleh semua rakan-rakan. 

Kerjaya sebagai seorang guru pada masa kini sangat besar cabarannya berbanding guru-guru terdahulu. Dahulu, seorang guru cukup dihormati. Ke mana saja pergi, orang akan panggil 'cikgu'. Ibu bapa dahulu terutamanya yang tinggal di kampung menyerah sepenuhnya anak-anak mereka kepada guru. Ayah saya dahulu pernah berkata kepada seorang cikgu saya semasa saya di sekolah rendah "Cikgu, ajarlah anak saya dengan apa cara sekalipun supaya anak saya pandai, jadi orang yang berguna. Asalkan jangan patah riuk sudahlah..." Betapa ayah saya dahulu sangat percaya kepada guru untuk mendidik anaknya ini.

Tetapi kerjaya guru sekarang ini tidak begitu, guru tidak dibenarkan sedikit pun menyentuh murid..jentik tak boleh, pukul jauh lagi. Tugas guru hanya untuk mengajar semata-mata. Sering kali tindakan guru untuk membimbing murid disalahertikan oleh ibu bapa kononnya nak mendera anak mereka. Tapi sesetengah ibu bapa sering lupa, separuh masa murid adalah bersama dgn guru-gurunya. Kadang-kadang masa dengan ibu bapa hanyalah waktu malam sebelum mereka masuk tidur. 

Walaupun kadang kala guru agak tegas dengan murid tapi nun jauh di sudut hati rasa sayang kepada mereka sentiasa wujud di hati. Bila guru menegur murid bukan kerana benci tapi kerana rasa sayang kepada mereka, ingin melihat anak didiknya menjadi insan yang lebih baik. Namun begitu saya amat berterima kasih kepada ibu bapa yang meletakkan sepenuh kepercayaan untuk mendidik anak mereka.

Guru-guru bukan meminta untuk disanjung tapi cukuplah sekadar ucapan terima kasih. Bila seorang ibu datang berjumpa dengan saya mengucapkan "terima kasih cikgu mengajar anak saya." Aduh, terharunya rasa hati bila diri dihargai, hilang rasanya segala penat lelah selama ini.

Namun, tak semua ibu bapa sebegitu. Kenapa sukarnya untuk mengucapkan terima kasih. Pernah satu hari, tiga tahun yang lalu seorang murid lelaki terluka di hidung. Walau pun saya bukan guru kelas kepada murid tersebut, atas rasa simpati saya membersihkan dan meletakkan ubat pada murid itu. 

Petangnya ibu murid tersebut datang ke sekolah mencari saya. Datang bukan untuk berterima kasih tapi untuk memaki hamun saya kerana pandai-pandai letak ubat dan tidak menghubunginya. Luka pada hidung anaknya terlalu sedikit tapi saya dimaki hamun bagaikan saya melakukan kesalahan yang besar. Dia siap ugut saya, kalau apa-apa berlaku pada hidung anaknya,siaplah saya.. Sedihnya hati Tuhan saja yang tahu, niat saya yang ikhlas untuk menolong sedikit pun tidak dihargai malah dihadiahkan ugutan lagi.

Selepas dibawa ke klinik bersama dengan guru penolong kanan, doktor mengesahkan tidak ada apa-apa yang berlaku cuma luka kecil sahaja. Tuhan Maha Adil, ibu itu pula dimarahi oleh doktor atas sikapnya sedangkan luka anaknya tidak seberapa.  Esoknya, murid itu datang ke sekolah seperti biasa dan ibunya sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah.

Kepada semua ibu bapa, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana segelintir guru yang membuat onar, semua guru disalahkan. Guru bukanlah sekejam yang disangkakan. Guru juga memiliki sekeping hati yang ikhlas ingin melihat anak didiknya berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak-anak anda.

Terima kasih buat semua yang sentiasa menghargai cikgu-cikgu..


15 May, 2011

Selamat Hari Guru.

“GURU PENJANA TRANSFOMASI PENDIDIKAN NEGARA”

16 Mei...tarikh yang cukup simbolik bermula sejak 40 tahun yang lalu. Dari anak-anak kecil hingga ke dewasa semua mengetahui akan tarikh tersebut, tarikh yang cukup bermakna buat semua insan yang bergelar guru. Besarnya tugas dan peranan guru-guru amat penting dalam membentuk generasi cemerlang. Namun hari ini cabarannya yang perlu dihadapi oleh guru cukup berbeza berbanding guru-guru pada masa dahulu. Semoga semua guru-guru sentiasa tabah dan sabar menjalani amanah Allah yang telah diberikan. 


Terima kasih buat semua guru-guru yang telah banyak mendidik dan membimbing saya sehingga berjaya menjadi seorang guru sekarang. Segala jasa dan bakti cikgu akan tetap saya kenang hingga ke akhir hayat. Guru-guru saya dahululah yang menjadi mentor dan pembakar semangat buat saya sekarang. Banyak bimbingan yang cikgu-cikgu berikan yang saya aplikasikan buat murid-murid saya. 

Walau ada sesetengah perkara perlu diubahsuai dengan situasi pada masa kini, murid-murid yang terlalu 'advanced' serta bebanan tugas lain yang tidak berpenghujung, namun ia tidak menghakis semangat untuk berjuang demi anak bangsa tercinta. Semoga Tuhan sentiasa memberiku kekuatan untuk terus menjalaninya..


Buat semua guru, hayatilah...

JIWA GURU

Bila kita seorang guru,
Pastikan kita berjiwa guru,
Berhati bersih dan suci,
Tidak ada benci membenci,
Hati dan minda sentiasa terbuka,
Tiada dendam dan prasangka.

Bila kita berjiwa guru,
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
* 'Masa kerja telah habis'.
* 'Itu bukan kerja saya'.
* 'Ini bukan kerja murid'.
* 'Saya tidak dapat apa-apa'.
* 'Buat apa susah-susah'.
* 'Cukuplah apa yang kita sudah buat'.
* 'Buat apa kerja rajin-rajin'.

Ingatlah!
Sekali kita bergelar cikgu,
Perkataan kita jadi ingatan,
Kelakuan kita jadi ikutan,
Amalan kita jadi panduan.

Oleh itu....
jadilah cikgu berjiwa guru,
* Hati bersih sentiasa pemaaf.
* Rela bekerja bila-bila masa kerana sedar kerja itu ibadah kita.
* Guru yang mulia mesti berhati mulia.
Semoga Allah memberkati semua cikgu yang berjiwa guru.
* Semoga semua cikgu berjiwa guru.

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. 

11 May, 2011

VVIP Gold Card dari Kak Ct

Yahuuuu..dpt VVIP Gold Card dari kak ct. Terima kasih kak ct kerana sudi menghadiahkan gold card yang tiada limit ni. Boleh lah sy shoping sakan ye..Bakinya tu nak buat renew rumah plk..hmmm..bestnya..

Terima kasih kak ct yang sangat baik hati..tahun depan jangan lupa bagi lagi ye..muaahhhhh


10 May, 2011

The Climb

Layannnn…

Milet Cyrus "The Climb"

I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
The pain I'm knowing
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

Pizza

Salam.. malam ni rasa malas betul nak masak nasi dgn lauk bagai. Buat pizaa je lah..senang je campak semua bahan jadi je doh pizza. Sementara dk menunggu tu blh le blogwalking kt blog-blog kegemaran.. senang je hidup kan kalau hari-hari camni tp kita ni tekak melayu, makan pizaa sekali sekala blh la..klu hari-hari duk teringat kat sambal belacan je.

Pizaa yang saya buat ni sangat sedap dimakan panas-panas. Bagi yang nak mencuba saya sertakan resepinya sekali ye.

Basic Dough:

1 biji telur
2 ketul ais
susu rendah lemak
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula 
1 sudu teh garam
500gm tepung high protein
2 sudu teh yis

Cara-cara: 

1. Telur dan  ais masukkan ke dalam acuan ml.  Tambahkan susu  rendah lemak ke dalamnya sehingga garis 300ml.

2. Masukkan bahan  (1) , butter, gula, garam, tepung high protein dan yis (akhir sekali) ke dalam breadmaker (BM).

3. Tekan bread ikut program BM masing-masing. 

4. Tekan start dan biarkan ia menguli hingga selesai.

5. Biarkan ia naik 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.

6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

7. Boleh bentukkan doh yang dah siap tadi mengikut citarasa anda.

  
 Untuk membuat pizaa:

1. Bentukkan doh di atas pan pizza.
 
2. Ratakan sos prego di atas doh tadi.

3. Boleh letakkan apa-apa bahan lain mengikut kesukaan masing-masing.

4. Akhir sekali, taburkan mozarella cheese dan oregano di atasnya.

5. Bakar pada 200 darjah selama 20 minit.

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...