27 June, 2011

Roti Jala resepi Kak jee

roti jala color-color
Hari ni saya dapat cuti selepas semalam berpenat di tengah padang bagi menjayakan program sukan tahunan sekolah. Dari pagi lagi duk teringat-ingat nak makan roti jala dengan serawa durian, tambah excited lagi bila guna acuan roti jala yg ada tiga lubang tu. Minggu lepas beli dua acuan roti jala ni kat Daiso, the Curve. Sebelum ni dah ada satu tapi hanya boleh buat satu warna je la..kena la ada kawannya baru boleh jadi warna-warni.

acuan roti jala style baru..

Kebetulan smlm suami dah belikan durian, apa lagi berhemas pulas lah duk mengirai roti jala kat dapur. Saya gunakan beberapa warna, rasa macam budak main masak-masak pulak.. tapi hasilnya wahhhh..cantik dan berwarna-warni. Sapa lagi nak puji kalau tak sendiri yang puji..hahaha.

Proses menjala..
Proses buat roti jala ni nampak macam susah tapi bila buat rupanya senang je..sapa yang belum buat lagi boleh cuba ye..kalau tak jadi, tak pe jgn risau boleh cuba lagi, dan lagi....

Resepi roti jala saya cilok dari dapurkakjee yang dulunya cukup pakar dalam membuat roti jala walaupun skrg kak jee dah bersara dari menjala.  Roti jala resepi kak jee ni memang lembut dan terasa lemaknya.. Thanks Kak jee..best resepi ni. Izinkan saya copy paste resepinya ye..

Roti jala
Sumber: dapurkakjee
 
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan(boleh guna susu cair)
1 cawan air
1 biji telur
secubit garam
beberapa titis pewarna kuning
(kalau nak warna lain, letak je pewarna)
CARA:

Masuk semua bahan dalam blender, blend sebati. Tuang dalam botol acuan. Boleh guna acuan biasa. Pastu panaskan non stick pan dan oleskan mentega ke seluruh kuali. Biar kuali panas dan mulalah menjala. Mula2 buat mesti tak cantik tapi lama kelamaan okaylah. Bila sekeping sudah masak, alihkannya ke pinggan, terbalikkan supaya permukaan atas yang licin mengadap ke bawah. Kemudian gulung. (Kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak menjadi kering dan keras)  Ulang sampai habis.


Cara melipat roti jala, saya ikut cara kak jee, face down bahagian atas yg licin baru digulung. Hasilnya roti jala kelihatan lebih berkilat dan menarik. Sangat enak dimakan bersama dgn serawa durian..pergggh. Sapa yg teringin nak menjala juga sila-silalah ye..

20 June, 2011

No Fail Banana Muffin


Salam..
Semalam buat banana muffin. Godek punya godek nak mencari resepi yang sesuai, terjumpa kt rumah kha. Nampak cam best je muffin ni..namanya pun no fail banana muffin, ini kalau buat tak pernah fail punyalah. 
Muffin ni memang sedap dan lembut. Pisang yang banyak kat rumah, jadi jaya ejas sikit resepinya dgn lebihkan lagi setengah cawan pisang dan kurangkan gula sebab pisang sudah masak ranum. Terasa aroma pisangnya dan muffin tetap lembut.

Resepi dari rumah kha yang sumbernya dari dapur izahdaut.

IngredientS
1 1/4 cup all purpose flour
1 tsp baking soda *saya letak 2/3 tsp soda & 1/2 tsp baking powder
A pinch of salt
1 cup sugar *saya letak 1/2 cawan gula perang
1/2 cup canola/corn oil 
2 eggs
1 cup mashed banana *saya letak 1 1/2 cawan pisang (dilenyek)
1 tsp vanilla
  
Method :
  • Mix flour, baking soda and salt.  
  • Whisk sugar, oil and eggs until smooth.  Add banana and vanilla, beating well.
  • Add flour mixture and beat until well combined.
  • Bake at 180 deg C for 25 mins.

Dah tak sabar nak ngap..



18 June, 2011

Tips elak kecurian, dirompak dan dirogol dalam rumah sendiri.



Elak Kecurian, Dirompak dan dirogol dalam Rumah Sendiri

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

  • Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

  • Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

  • Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

  • Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibu bapa untuk bersama mereka.

  • Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama ye, fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk menyimpan semua barang kemas...).

  • Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert dan penghuni rumah masih belum tidur).

  • Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

  • Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

  • Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon anda kepada jiran supaya mereka boleh 'double check' dengan kita.

  • Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilik tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

  • Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

  • Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

  • Lampu porch dan lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

  • Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

  • Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

  • Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda 'new brand', sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

  • Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

  • Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

  • Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

  • Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama masih menyimpan kunci pendua.

  • Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

  • Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00 malam) 
Skrg ni duduk dalam rumah sendiri pun belum tentu lagi selamat jika tidak ada langkah-langkah penjagaan yang betul sekatang. Dulu-dulu kat kampung, pintu rumah tak pernah bertutup dari pagi sampai ke petang tapi tak pernah pula berlaku kecurian. Skrg ni pantang lepa je..habis disapunya.

    03 June, 2011

    Sungai Lui by Aizat

    Pertama kali mendengar lagu ni hati duk tertanya-tanya siapalah empunya suara ni..mendayu-dayu dan cukup menenangkan. Setelah sekian lama, semalam tengok Aizat nyanyi lagu ni..lagu Aizat rupanya, patutlah sedap. Selama ini ingat penyanyi dari Indonesia..tertinggal kereta api  betul la..hahaha. Sorry Aizat..bukan salah sy ye( tak nak ngaku tu..)..suara Aizat lain sikit bila nyanyi lagu ni. Apa pun lagu ni mmg 'the best'. So. layannnnnn...





     Sungai Lui_Aizat

    Pejamkan matamu untukku
    Dengarlah dunia berkata-kata
    Usah kau ragu di sini tempatmu
    Walau berubah di mata kita tetap indah
    Selagi kau masih percaya

    Ketawa kecewa terpisah
    Jalan yang lurus kian berhalang
    Adakah semua ini yang ku inginkan
    Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
    Ku harap ku masih percaya

    Adakah semua ini yang ku inginkan
    Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
    Ku harap kau masih percaya

    Buka matamu
    Biar aku memelukmu
    Kita bersama masih muda masih mentah
    Ku harap kau masih percaya

    Selama ini selama ini
    Selama ini selama ini
    Selama ini selama ini
    Selama ini


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...