04 February, 2011

Amalan Malam Dan Hari Jumaat(sempena esok hari Jumaat)

Malam ini malam Jumaat dan esok pasti kan menjelma mentari pagi bagi memulakan hari yang penuh keberkatan. Hari Jumaa..merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu. Justeru itu, pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya kita dilakukan bagi mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari-hari yang lain.

Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan terpelihara dari fitnah kubur sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat. Sungguh.... begitu istimewanya hari Jumaat.

Pada malam Jumaat , kita juga digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. 

                                             Surah Al-Kahfi
       

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)



Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
Kita digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang sangat mustajab untuk kita berdoa.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membuat banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang cukup hebat daripada Allah swt. 
# ingatan untuk diri sendiri & rakan-rakan..




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...