08 February, 2011

Shisha..selamatkah?



Kalau kita gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar banyak didapati pengunjung  yang menghisap shisha. Ia  dianggap sebagai satu trend yang popular dalam kehidupan kita hari ini yang kononnya untuk melepaskan tekanan dan bersantai. 

Pengunjung2 restoran atau kedai-kedai makan yang berminat untuk menikmati shisha biasanya  ditawarkan dengan harga sekitar RM20.00.  Ia terdiri daripada pelbagai pilihan perisa seperti strawberi, strawberi, epal, limau manis, anggur, melon, mangga, ros atau pudina, pepsi cola, cappuccino dan kopi arabika yang dicampur dengan tembakau.

Walaupun wujud spekulasi dan persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat, namun segelintir orang masih ketagih dengan amalan ini.
Menghisap ‘shisha’ atau turut dikenali dengan nama lain seperti hokkah, water pipe, ghalyan, dan okka, akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain.

Shisha bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok. Asap tembakau yang keluar dari balang air shisha sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan penyakit merbahaya yang lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  menegaskan shisha adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

Bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan hepatitis .
 Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa.

Kepada penggemar  “Hokkah” atau “Shisha” ni boleh lah fikir-fikirkan adakah berbaloi untuk menikmatinya lagi..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...