18 February, 2011

Kenapa mesti sombong?

“Apabila kesombongan sudah menyelimuti hati kita, pandangan kita terhadap orang lain akan cenderung menghinakan dan merendahkan”

Berapa ramaikah kita yang sanggup merendah diri terhadap orang lain.  Adakah dengan berlagak sombong dan  angkuh konon2 diri berkuasa akan dapat menundukkan orang lain, juga dapat membuktikan diri lebih hebat daripada orang lain. Sedarlah bahawa kita semua sama di sisi Nya. Hanya Dia yang Maha Berkuasa. Dengan kehendakNya sekelip mata sahaja orang yang berkuasa itu akan tertunduk ke bumi.

RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah Azzawajalla berfirman,
“Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah selendangku, sesiapayang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyiksanya”.
Segala kepujian dan sifat kebesaran hanya menjadi milik Allah S.W.T. Oleh itu Allah memberi peringatan bahawa tiada sesiapapun dari kalangan makhluk-Nya yang layak memakai mana-mana sifat tersebut melainkan Dia sahaja.
Setiap muslim hendaklah sentiasa merendah diri, tawadhuk dan bersikap sederhana. Jangan sekali-kali bersikap buruk dan keji kerana ia adalah sifat iblis dan syaitan laknatullah yang sentiasa menderhaka Allah S.W.T.
Sombong maksudnya adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh segala yang lain. Orang yang sombong akan merasa dirinya lebih baik, pintar, kaya dan hebat. Contohnya dapat dilihat pada diri Firaun, Qarun dan Abu Jahal yang bersikap angkuh dan tidak mahu menerima kebenaran.
Dalam surah Luqman ayat 18 Allah S.W.T. melarang kita daripada bersikap sombong sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri".

“Dan ketika kita merasa diri kita lebih tinggi darjatnya secara materi, kedudukan, tingkat sosial, pendidikan dan sebagainya maka saat itulah kita memiliki kesombongan dan ketika kesombongan telah menjadi pakaian kita maka bersiap- siaplah akan teguran ALLAH yang maha dahsyat..”

Renung-renungkanlah... 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...