16 April, 2011

Muffin Durian


Dua hari lepas, suami bawa balik dua biji durian..baunya saja dah cukup menggoda..apatah lagi bila merasanya. Kami makan berdua saja macam tak berselera pulak..Kalau kt kg bukan main lg berebut-rebut dgn adik beradik. Baki lagi sebiji durian terpaksalah simpan kt dalam peti ais sbb suami masa beli suruh tauke tu kopek kulitnya siap-siap. 

Hari ini entah kenapa bila terbau durian, tekak rasa teringin plk nak makan kek durian. Godek punya godek terjumpa resepi muffin durian kt dapur Izah.

Bila dah masak rasa macam tak percaya je tgk muffin ni begitu lembut dan gebu. Lebih gebu daripada yg izah buat..jgn marah ye izah..hehe. Sedapnya muffin durian ni bila dimakan panas-panas.


Muffin Durian
Sumber: Izah Muffin Lover

1 cawan isi durian
1 cawan susu segar
1 cawan mentega (cair dan sejukkan sebentar)
3 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder ( saya letak 1/2 sudu kecil shj)

Cara-caranya: 
Ayakkan tepung bersama soda dan baking powder sebanyak 3 kali. (Saya ayak sekali je)
Pukul telur dan gula sehingga kembang. (Kalau tak ada mixer guna tangan pun boleh)
Dalam mangkuk yang lain satukan mentega cair, isi durian dan susu segar.
Campurkan tepung berselang seli dengan bancuhan isi durian ke dalam adunan telur yang dipukul tadi. (Mulakan dengan tepung, akhir pun tepung jg)
Kacau sehingga sebati. 
Masukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 18-25 minit.

Siap..dan boleh ngap. Sedapppp...

8 comments:

anie,Nagoya said...

sekom.

salam bls.

what???muffin durian.tak berani nat cuba.sbb kat cini tak de durian.

bdaria said...

Salam Niey,

Datang jenguk sini. Muffin durian....sedap tu.

niey_muhaini said...

Anie:

Sy pun tak sangka dpt buat muffin durian.sedap plk tu.teringin punya pasal.. anie,tunggu blk mesia la bru blh try..;)

niey_muhaini said...

Salam bdaria..

Thanks sudi jenguk blog kite. mmg sedap,cubalah nanti..

Zareda Norman said...

sedap ni.. kak zar pun banyak stok deroyan dalam fridge..

niey_muhaini said...

Kak zar..deroyan dh ada dlm fridge,apa lg proses je la kita pakat sama2 mkn muffin durian ni..

MK~ROSE said...

nampak menyelerakan.. nyummm.. :)

niey_muhaini said...

Hai rose..

cuba la buat.senang sgt,rasanya pn berbaloi2..cuma duriannya je yg mahal sgt2 skrg.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...