08 April, 2011

Telur ayam tiruan? Kenalpasti perbezaannya dengan telur ayam asli.


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.


Seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.


Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. 

Menurut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. 

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. 

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.


Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.


Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.


Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.


Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.


Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.


Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.


Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.


Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
Oleh : SM Mohamed Idris,
          Presiden CAP.

Bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat?



’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan kelihatan seperti cair yang kental dan sukar membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

’Kuning telur’ dibuat dengan memasukkan dalam suatu bekas dengan pigmen kuning dan mengabungkan cecair-cecair tersebut ke dalam larutan kalsium klorid


Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.



Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.

                    Kuning telur mengembang apabila digoreng

                   Video cara-cara membuat telur tiruan


Kos untuk membuat telur tiruan itu jauh lebih murah, hanya lebih kurang 0,55 yuan (0,07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0,8 dolar AS.)


Bahan utama dalam telur-telur buatan tersebut adalah bahan tambahan makanan, getah damar, kanji, pengeras, dan pigmen-pigmen

Kandungan yang berlebihan atas bahan-bahan tersebut akan merosak perut dan menyebabkan gejala-gejala seperti kehilangan ingatan dan keterlambatan mental, dan lain-lain.

                       Perbezaan telur tiruan dan telur asli

Makan telur pun dah tak selamat sekarang. Mulai sekarang berhati-hatilah apabila membeli telur di pasaran. Kalau nak pastikan keasliannya dan tidak terbeli telur tiruan kena lah pelihara ayam sendiri gamaknya. Pastu suruh ayam tu bertelur banyak-banyak.
Sumber : eforum6

2 comments:

Unknown said...

dah baca ttg hal nie..
memang menakutkan..
tapi..senang nak bezakan telur nie paslu atau tak..sebab asli ada angin,,bil rebus nampak sangat2 telur tak bujur, hujung leper sebab ada angin

niey_muhaini said...

Betul tu ayu. nak beli telur pun dah tak blh pakai beli je skrg ni..kena tgk betul2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...