26 April, 2011

Chernobyl..hari ini 25 tahun dalam sejarah.



                        Chernobyl

Chernobyl merupakan sebuah bandar yang ditinggalkan di utara Ukraine berdekatan sempadan Belarus. Majalah Time mengklasifikasikan bandar ini sebagai bandar ke-10 tercemar di dunia. 

          
Udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.


                 Loji nuklear Chernobyl (sebelah kanan)
                 dan bandar Prypiat (sebelah kiri)

Loji Nuklear Chernobyl terletak di daerah Chernobyl tetapi pekerja tidak ditempatkan di sini. Semasa pembinaannya, bandar Prypiat menjadi kawasan kediaman pekerja.

Sungguhpun bandar ini kini sebahagian besarnya ditinggalkan, sejumlah kecil penduduk tinggal di dalam rumah yang ditanda dengan papan tanda menyatakan "Pemilik rumah ini tinggal di sini". Pekerja yang memantau dan anggota pengurus bagi Zon Pengasingan ditempatkan di bandar bagi jangka masa panjang. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di sana kecuali mereka.



Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang, keseluruhan kota Chernobyl telah dikuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat “zon berbahaya” seluas 19 batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.

 Malapetaka reaktor nuklear Chernobyl




         Loji reaktor ke-4 yang terbakar di Chernobyl

Pada 26 April 1986, reaktor keempat Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl, meledak pada 01:23 AM masa tempatan. Pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan dikawal komputer dimatikan.

Masalah timbul semasa ujian,  reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, membina terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya. Kesemuanya menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil. Sistem komputer yang dibuat semula, gagal mengawal semula tindak balas. 

Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas yang disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar yang tidak terkawal bermula.

Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap/letupan yang memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tercampak beberapa batu dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sehingga  ke Belarus.



Kesemua penduduk kekal Chernobyl dan Zon Pengasingan dipindahkan kerana aras pencemaran radioaktif di kawasan tersebut telah menjadi tidak selamat. Susu yang tercemar menjadi penyebab kepada masalah penyakit kepada kanak-kanak seluruh Eropah.

              Kembar Vladimir dan Michael Iariga yang 
           terbantut tumbesaran dan hilang pendengaran 

Bandar Chernobyl dan kawasan sekitarnya kini menjadi rumah kepada pakar sains nuklear, pegawai pengurus bagi Loji Kuasa Chernobyl, Pegawai Pemusnah, doktor, pakar kesihatan (physicists), dan yang terbanyak, pegawai kesihatan radiasi (radiation physicists). Sungguhpun Pripyat yang terletak bersebelahan kekal tidak diurus, Chernobyl telah diubah suai dan kini merupakan rumah kepada 500 penghuni tetap, termasuk pelawat ke Zon Pengasingan yang tinggal di rumah tumpangan tempatan di luar bandar Chernobyl.

Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. 




Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.


Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerah larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan yang diharamkan dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan para pelancong.

              Limbungan kapal yang terbiar di chernobyl

Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu memberikan pengajaran penting kepada masyarakat dunia dalam keselamatan nuklear.


Jika sebelum ini kita merasakan  kuasa nuklear ini lambang kekuatan dan keselamatan sesebuah negara tetapi ia lebih daripada itu. Ia memberikan kesan pencemaran radioaktif yang tidak dapat dihilangkan dalam jangka masa panjang malahan juga sangat-sangat merbahaya kepada manusia dan alam sekitarnya.  
sumber : wikipedia. misterlal ,quintinlake


22 April, 2011

Tips meningkatkan potensi diri..1

                                                      ihsan google

Semua dari kita ingin berjaya dalam kehidupan sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kerjaya. Perkara yang paling utama untuk kita meraih sebarang  kejayaan terletak pada diri kita. Hargailah diri kita sendiri. Tiada orang lain yang akan lebih menghargai kita melainkan diri kita. 

Bila kita menghargai diri sendiri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa 'we are great and can do great things with great results'. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama dalam kita mengejar sesuatu kejayaan. Yakinlah kita boleh, pasti kita akan BOLEH!

16 April, 2011

Muffin Durian


Dua hari lepas, suami bawa balik dua biji durian..baunya saja dah cukup menggoda..apatah lagi bila merasanya. Kami makan berdua saja macam tak berselera pulak..Kalau kt kg bukan main lg berebut-rebut dgn adik beradik. Baki lagi sebiji durian terpaksalah simpan kt dalam peti ais sbb suami masa beli suruh tauke tu kopek kulitnya siap-siap. 

Hari ini entah kenapa bila terbau durian, tekak rasa teringin plk nak makan kek durian. Godek punya godek terjumpa resepi muffin durian kt dapur Izah.

Bila dah masak rasa macam tak percaya je tgk muffin ni begitu lembut dan gebu. Lebih gebu daripada yg izah buat..jgn marah ye izah..hehe. Sedapnya muffin durian ni bila dimakan panas-panas.


Muffin Durian
Sumber: Izah Muffin Lover

1 cawan isi durian
1 cawan susu segar
1 cawan mentega (cair dan sejukkan sebentar)
3 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder ( saya letak 1/2 sudu kecil shj)

Cara-caranya: 
Ayakkan tepung bersama soda dan baking powder sebanyak 3 kali. (Saya ayak sekali je)
Pukul telur dan gula sehingga kembang. (Kalau tak ada mixer guna tangan pun boleh)
Dalam mangkuk yang lain satukan mentega cair, isi durian dan susu segar.
Campurkan tepung berselang seli dengan bancuhan isi durian ke dalam adunan telur yang dipukul tadi. (Mulakan dengan tepung, akhir pun tepung jg)
Kacau sehingga sebati. 
Masukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 18-25 minit.

Siap..dan boleh ngap. Sedapppp...

08 April, 2011

Telur ayam tiruan? Kenalpasti perbezaannya dengan telur ayam asli.


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.


Seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.


Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. 

Menurut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. 

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. 

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.


Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.


Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.


Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.


Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.


Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.


Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.


Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.


Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
Oleh : SM Mohamed Idris,
          Presiden CAP.

Bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat?



’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan kelihatan seperti cair yang kental dan sukar membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

’Kuning telur’ dibuat dengan memasukkan dalam suatu bekas dengan pigmen kuning dan mengabungkan cecair-cecair tersebut ke dalam larutan kalsium klorid


Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.



Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.

                    Kuning telur mengembang apabila digoreng

                   Video cara-cara membuat telur tiruan


Kos untuk membuat telur tiruan itu jauh lebih murah, hanya lebih kurang 0,55 yuan (0,07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0,8 dolar AS.)


Bahan utama dalam telur-telur buatan tersebut adalah bahan tambahan makanan, getah damar, kanji, pengeras, dan pigmen-pigmen

Kandungan yang berlebihan atas bahan-bahan tersebut akan merosak perut dan menyebabkan gejala-gejala seperti kehilangan ingatan dan keterlambatan mental, dan lain-lain.

                       Perbezaan telur tiruan dan telur asli

Makan telur pun dah tak selamat sekarang. Mulai sekarang berhati-hatilah apabila membeli telur di pasaran. Kalau nak pastikan keasliannya dan tidak terbeli telur tiruan kena lah pelihara ayam sendiri gamaknya. Pastu suruh ayam tu bertelur banyak-banyak.
Sumber : eforum6

06 April, 2011

Gambaran Hari Kiamat (Renungan buat semua)

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir walaupun mungkin tersangat bosan untuk membacanya.


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi dan Aida Cutes

04 April, 2011

Today is my birthday..yee..yeee..

Happy birthday to me..happy birthday to me... udah2 le tu. mengalahkan budak kecik le plk. Sedarlah diri tu dah makin tua. dah tuaaa???  gulpppp! (telan air liuq). Umur..? apa yang ada pada angka, yang penting hati sentiasa muda kan..kan..hehe

Bila mengingatkan hari2 yang semakin berusia risau plk. Banyak lagi yang tak tercapai dalam hidup ini. Walau apa pun saya sangat-sangat bersyukur dengan segala kurnian Allah untukku..syukur yang tidak dapat aku lahirkan hanya dengan kata-kata...sama ada nikmat atau ujian ..aku tahu Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya..

Kepada suamiku...terima kasih sayang..kena memberiku kebahagiaan..terima kasih kerana mengambil berat..sentiasa bertolak ansur, memberi sokongan, memahami tugasku ..terima kasih untuk perjalanan sebuah cinta yang tulus...

Kepada ayahanda dan bonda tercinta, terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup berkorban segalanya untuk mendidik dan membimbing diriku sehingga menjadi seperti sekarang ini. Semoga Tuhan masih memberiku ruang dan peluang untuk membalas jasa-jasa kalian..

Kepada mak mertua dan adik-adik ipar, terima kasih kerana sudi menerima diriku seikhlas hati..
Buat teman-teman semua, tanpa kalian rasanya hidup ini sungguh sunyi dan sepi..
Buat semua pelajarku, terima kasih kerana sudi menerima secebis ilmu yang kucurahkan. Semoga kalian akan terus berjaya dan menjadi anak-anak kebanggaan keluarga.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku di dunia mahupun di akhirat kelak..Semoga syurga itu menjadi tempat terakhir yang abadi untuk kita semua...Amin..



Anugerah Bintang Popular 2010.

Tahniah kepada Anugerah Bintang Popular 2010 yang mantap giler berbanding thn2 lepas. Pengacara hebat, penerima anugerah pun semuanya hebat-hebat. Johan n Usop welcha juga berjaya memeriahkan suasana..sape stuju sile angkat tangan cam sye...hehehe
Keputusan sudah tersiar, trofi telah dimiliki. Inilah keputusannya..

Pemenang ABPBH 2010

  
  
 

Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir Penyanyi Wanita Popular - Yuna Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana 

Tahniah Shaheizy Sam..anda memang layak memegang gelaran Bintang Paling Popular. You're the best..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...