Panjang plk bebelnya kan..sebenarnya pg tadi entah apa mimpinya jiran sebelah (yang masih bujang trang tang tang lg tu..promote ni) tiba2 punya lah baik hatinya bagi teh misai kucing.
Akhirnya apa yg ku dapat rupanya teh misai kucing ni banyak memberi kesan kepada kesihatan kita semua..klu kita amalkan la.. Apa yang dapat aku share kt sini teh misai kucng dapat:
- Membantu Mengatasi Sembelit
- Mengatasi Masalah Batu Karang
- Mengatasi Diabetes, Darah Tinggi & Gout
- Menjaga Buah Pinggang
- Membakar Kolestrol Badan
Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.
Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang.
Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.
Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.
Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.
Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik.
Inilah seba sedikit maklumat yg dpt aku kutip tentang teh ini. Rupanya banyak kelebihan klu kita amalkan minum teh misai kucing ni. Jadi bagi sesapa yg terasa ada penyakit cam kt atas tu blh la cuba meminumnya tanpa was-was ye.. terima kasih jiran sebelah.
4 comments:
assalam niey, bagus info ni...btw tq singgah my blog salam kenal dr saya..saya follow yer:)
salam nieza & salam perkenalan.TQ sudi jadi follower pertama sy...;)
Salam ziarah dan salam perkenalan...
Tahniah kerana sudah dapat membuat sebuah blog untuk diri anda...
semoga akan terus menulis dan mengunjungi rakan2 bloggers...
Thanks nurazzah..salam perkenalan.
Rakan2 blogger yg memberi semangat kpd sy untuk mempunyai blog sendiri.rasa sgt teruja..thanks semua..
Post a Comment