15 March, 2011

Kesan radiasi nuklear kepada manusia.

                       Letupan di  salah satu loji nuklear di Fujishima, Jepun.
 


Di Fukushima, Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.

Insiden pada jam 11.01 pagi di loji nuklear yang terletak 240 kilometer (km) di utara Tokyo itu, berlaku dua hari selepas letupan hidrogen di reaktor nombor satu di loji sama yang rosak selepas Jepun dilanda gempa bumi mega dan tsunami besar Jumaat lalu.
Menurut Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano kemungkinan kebocoran radiasi berada pada tahap rendah.

Letupan itu berlaku selepas TEPCO mengemukakan laporan kepada kerajaan semalam bahawa tahap radiasi di loji terbabit meningkat di atas paras dibenarkan dan tekanan dalam bekas kalis radiasi reaktor nombor tiga juga sudah meningkat.

Antara kesan radiasi nuklear kepada manusia termasuklah:
  Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma. 
Sumber : bharian

Semoga semua yang berada di bumi Jepun sekarang terselamat drp musibah ini. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. 

2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

terima kasih kerana sudi buat entri berkenan bencana di sini...doakan semuanya yer

niey_muhaini said...

Insyaallah..dgn berkat doa kita semua situasi ini akan pulih nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...