26 April, 2011

Chernobyl..hari ini 25 tahun dalam sejarah.



                        Chernobyl

Chernobyl merupakan sebuah bandar yang ditinggalkan di utara Ukraine berdekatan sempadan Belarus. Majalah Time mengklasifikasikan bandar ini sebagai bandar ke-10 tercemar di dunia. 

          
Udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.


                 Loji nuklear Chernobyl (sebelah kanan)
                 dan bandar Prypiat (sebelah kiri)

Loji Nuklear Chernobyl terletak di daerah Chernobyl tetapi pekerja tidak ditempatkan di sini. Semasa pembinaannya, bandar Prypiat menjadi kawasan kediaman pekerja.

Sungguhpun bandar ini kini sebahagian besarnya ditinggalkan, sejumlah kecil penduduk tinggal di dalam rumah yang ditanda dengan papan tanda menyatakan "Pemilik rumah ini tinggal di sini". Pekerja yang memantau dan anggota pengurus bagi Zon Pengasingan ditempatkan di bandar bagi jangka masa panjang. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di sana kecuali mereka.



Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang, keseluruhan kota Chernobyl telah dikuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat “zon berbahaya” seluas 19 batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.

 Malapetaka reaktor nuklear Chernobyl




         Loji reaktor ke-4 yang terbakar di Chernobyl

Pada 26 April 1986, reaktor keempat Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl, meledak pada 01:23 AM masa tempatan. Pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan dikawal komputer dimatikan.

Masalah timbul semasa ujian,  reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, membina terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya. Kesemuanya menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil. Sistem komputer yang dibuat semula, gagal mengawal semula tindak balas. 

Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas yang disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar yang tidak terkawal bermula.

Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap/letupan yang memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tercampak beberapa batu dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sehingga  ke Belarus.



Kesemua penduduk kekal Chernobyl dan Zon Pengasingan dipindahkan kerana aras pencemaran radioaktif di kawasan tersebut telah menjadi tidak selamat. Susu yang tercemar menjadi penyebab kepada masalah penyakit kepada kanak-kanak seluruh Eropah.

              Kembar Vladimir dan Michael Iariga yang 
           terbantut tumbesaran dan hilang pendengaran 

Bandar Chernobyl dan kawasan sekitarnya kini menjadi rumah kepada pakar sains nuklear, pegawai pengurus bagi Loji Kuasa Chernobyl, Pegawai Pemusnah, doktor, pakar kesihatan (physicists), dan yang terbanyak, pegawai kesihatan radiasi (radiation physicists). Sungguhpun Pripyat yang terletak bersebelahan kekal tidak diurus, Chernobyl telah diubah suai dan kini merupakan rumah kepada 500 penghuni tetap, termasuk pelawat ke Zon Pengasingan yang tinggal di rumah tumpangan tempatan di luar bandar Chernobyl.

Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. 




Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.


Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerah larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan yang diharamkan dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan para pelancong.

              Limbungan kapal yang terbiar di chernobyl

Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu memberikan pengajaran penting kepada masyarakat dunia dalam keselamatan nuklear.


Jika sebelum ini kita merasakan  kuasa nuklear ini lambang kekuatan dan keselamatan sesebuah negara tetapi ia lebih daripada itu. Ia memberikan kesan pencemaran radioaktif yang tidak dapat dihilangkan dalam jangka masa panjang malahan juga sangat-sangat merbahaya kepada manusia dan alam sekitarnya.  
sumber : wikipedia. misterlal ,quintinlake


6 comments:

Unknown said...

kak ayu ada lihat gambar dan entry nie dari blog cikgu CTE.. memang satu pendedahan yang amat bagus utk di kongsi bersama...

maklumlah.. kisah negara tu, akibat manusia yang ingin mengubah sesuatu konon ke arah teknology.. namun... hasilnya?????

niey_muhaini said...

sy ada tgk blog cikgu cte tapi dia cite tentang kesan letupan loji nuklear.

smg info yang diberikan dpt menambahkan pengetahuan kita kpd prkembangan dunia.

CikguZue said...

"Dunia binasa akibat tangan2 manusia yang membinasakan"...alangkah dahsyatnya akibat drpd neuclear tetapi manusia masih terus memerlukannya...

Salam kenal. Blog yg amat bagus sekali utk semua.

kha said...

kesan drnya amta dasyat kan..saya ada jgk baca dlm paper baru2 ni.N3 ni mmg best,,slmt berkenalan..

niey_muhaini said...

Thanks kak zue..

Dunia kita sudah smkin tua. Smkin byk kerosakan smakin dkt kita ke pghujungnya.

niey_muhaini said...

Salam kha..

semakin gah sesuatu prancangan manusia, smakin besarlah risiko yg bakal dihadapi. Smg kita dijauhkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...