15 May, 2011

Selamat Hari Guru.

“GURU PENJANA TRANSFOMASI PENDIDIKAN NEGARA”

16 Mei...tarikh yang cukup simbolik bermula sejak 40 tahun yang lalu. Dari anak-anak kecil hingga ke dewasa semua mengetahui akan tarikh tersebut, tarikh yang cukup bermakna buat semua insan yang bergelar guru. Besarnya tugas dan peranan guru-guru amat penting dalam membentuk generasi cemerlang. Namun hari ini cabarannya yang perlu dihadapi oleh guru cukup berbeza berbanding guru-guru pada masa dahulu. Semoga semua guru-guru sentiasa tabah dan sabar menjalani amanah Allah yang telah diberikan. 


Terima kasih buat semua guru-guru yang telah banyak mendidik dan membimbing saya sehingga berjaya menjadi seorang guru sekarang. Segala jasa dan bakti cikgu akan tetap saya kenang hingga ke akhir hayat. Guru-guru saya dahululah yang menjadi mentor dan pembakar semangat buat saya sekarang. Banyak bimbingan yang cikgu-cikgu berikan yang saya aplikasikan buat murid-murid saya. 

Walau ada sesetengah perkara perlu diubahsuai dengan situasi pada masa kini, murid-murid yang terlalu 'advanced' serta bebanan tugas lain yang tidak berpenghujung, namun ia tidak menghakis semangat untuk berjuang demi anak bangsa tercinta. Semoga Tuhan sentiasa memberiku kekuatan untuk terus menjalaninya..


Buat semua guru, hayatilah...

JIWA GURU

Bila kita seorang guru,
Pastikan kita berjiwa guru,
Berhati bersih dan suci,
Tidak ada benci membenci,
Hati dan minda sentiasa terbuka,
Tiada dendam dan prasangka.

Bila kita berjiwa guru,
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
* 'Masa kerja telah habis'.
* 'Itu bukan kerja saya'.
* 'Ini bukan kerja murid'.
* 'Saya tidak dapat apa-apa'.
* 'Buat apa susah-susah'.
* 'Cukuplah apa yang kita sudah buat'.
* 'Buat apa kerja rajin-rajin'.

Ingatlah!
Sekali kita bergelar cikgu,
Perkataan kita jadi ingatan,
Kelakuan kita jadi ikutan,
Amalan kita jadi panduan.

Oleh itu....
jadilah cikgu berjiwa guru,
* Hati bersih sentiasa pemaaf.
* Rela bekerja bila-bila masa kerana sedar kerja itu ibadah kita.
* Guru yang mulia mesti berhati mulia.
Semoga Allah memberkati semua cikgu yang berjiwa guru.
* Semoga semua cikgu berjiwa guru.

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. 

4 comments:

Unknown said...

selamat hari guru utk semua guru............
niey guru rupanya..
nanti singgah ambil kad ucapan hari guru ya...

niey_muhaini said...

Thanks kak ayu atas ingatan..
Rasa masih belum layak untuk menjadi guru..masih banyak lg yang perlu belajar.

yeeeee..dapat kad hari guru,nanti sy hantar posmen ambik kad ye..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear..:)

SELAMAT HARI GURU
moga terus menjalankan tugas dgn penuh ikhlas ..
dan Semoga segala usaha mendatangi kejayaan !

:):)

Hari ni mesti niey byk dapat hadiah niii!!;)

niey_muhaini said...

Waalaikumussalam kak tinie..

Selamat hari Guru jua pd kak tinie. Sama-samalah kita menggalas tanggungjawab, menjunjung amanah demi anak bangsa tercinta..;)

Hari Khamis ni baru buat sambutan hari guru kat sekolah..:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...