21 May, 2011

Terkini: Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

KEJADIAN tanah runtuh yang meranapkan asrama Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di belakang sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada jam 2.20 petang tadi. Seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.


PERGERAKAN tanah kelihatan ketika hujan lebat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Yazit Razali

Seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

PASUKAN penyelamat memberikan rawatan kepada mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

PENDUDUK kampung membantu mengusung seorang penghuni yang cedera dalam kejadian tanah runtuh menimpa mangsa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA

Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadualkan pada jam 5.00 petang.


"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.


"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.


Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.



KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh. - Foto Yazit Razali
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. 



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bekerjasama dengan penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

Berita Terkini TV3 mengesahkan sehingga jam 10.40 malam ini 18 orang telah ditemui dengan 9 orang maut, 9 orang selamat, manakala 7 orang lagi masih tertimbus di bawah runtuhan dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.







PASUKAN penyelamat mengusung mangsa yang berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Rosli Rahmat

Pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian. 


MANGSA tragedi tanah runtuh, Mohd Khairul Annuar, 9, dihantar ke Hospital Ampang. - Foto Yong Chee Choong

SUASANA hiba ketika melihat jenazah rakan mereka yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. - Foto Rosli Rahmat

MANGSA kejadian tanah runtuh diselamatkan. - Foto Aizuddin Saad

Al Fatihah kepada semua mangsa runtuhan tanah runtuh. Semoga baki 7 lagi mangsa yang tertimbus berjaya ditemui dengan selamat. Amin..
kredit kepada bharian.com , bharian.online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...